Friday 30 January 2015

Tips Nak Jadi Penulis Hebat (Tapi Belum Tentu Kaya!)

1. Betulkan Mind Set  ( You are what you think of yourself !)

Zaman sekarang ni katanya semua orang boleh jadi penulis. budak-budak sekolah rendah pun penulisannya sudah diterbitkan. Selain itu, kalau anda popular di social media, ada pengikut puluhan ribu dan video anda selalu jadi viral di Facebook, akan ada penerbit yang akan melamar anda untuk menulis sesuatu. Karya anda tak perlu ada substance, tak perlu ada idea, tapi tetap boleh terjual puluhan ribu.

Pendek kata, semua orang sudah mampu untuk menjadi penulis. Setuju?

Cuma, saya tetap percaya masih ramai di kalangan kita yang merasakan dirinya masih belum mampu menjadi penulis. Macam-macam perkara yang berlegar-legar di dalam fikiran kita. Antara ayat-ayat yang selalu saya dengar adalah:

"Saya tak tahu menulis."

"Saya  tak boleh menulis."

"Saya tak ada idea nak tulis apa."

"Susah lah nak menulis."

"Macam mana diaorang boleh menulis banyak-banyak tu?"



Kebanyakan daripada bentuk ayat-ayat di atas ni sebenarnya menguatkan negativity di dalam diri kita. Maksud saya, sebenarnya KITA SENDIRI YANG MEMBINA TEMBOK PENGHALANG dan MEMBINA ALASAN UNTUK KITA TIDAK BERJAYA sebagai penulis. 

Memang inilah masalah kepada semua orang yang nak berjaya sebagai penulis. Akhirnya kita akan membina lapisan demi lapisan 'alasan' di dalam diri kita sehingga akhirnya kita tak akan ke mana-mana.

Cuba fikir.....anda telah pergi sekolah, dari sekolah rendah selama 6 tahun sehinggalah ke peringkat menengah selama 5 tahun. Itu paling minima. Sepanjang tempoh itu, anda telah diajar untuk membaca dan menulis. Anda terpaksa menjawab karangan di dalam Bahasa Melayu dan Inggeris pada setiap kali peperiksaan. ERTINYA, kemahiran menulis itu sudah ada di dalam diri anda. Hanya apa yang perlu dilakukan adalah mengasah dan menajamkan kemahiran itu dengan terus menulis. Bak kata pepatah, 'Belakang parang yang terus diasah kan menjadi tajam'.

Seorang wartawan pernah berkongsi formula untuk berjaya sebagai penulis dengan saya. Katanya, 

" Menulis ni ibarat mengayuh basikal, walaupun perlahan, kita tetap perlu  mengayuh. Kalau kita berhenti mengayuh, kita akan jatuh...."

Petua ni sangatlah tepat dan mencerminkan sifat seorang yang nak ke mana-mana dengan penulisannya. Kalau nak berjaya, teruslah menulis. Jangan sesekali berhenti daripada menulis. Sekali anda berhenti daripada menulis, THAT'S IT!! Adios!

Penulis-penulis yang berjaya pada hari ini semuanya terus-menerus mengasah kemahiran menulis mereka sehingga berjaya menulis berpuluh-puluh buku. Ada yang menjadi kaya-raya hanya dengan menulis. Tetapi, ada juga yang belum lagi kaya dengan penulisannya. Contohnya saya sendiri.

Tapi seperti yang saya katakan tadi, 'belum lagi kaya'. Maknanya, saya tahu dan yakin bahawa satu hari nanti saya akan mampu meraih pendapatan dengan penulisan saya. Cuma masanya belum tiba dan masih banyak yang perlu ditempuhi. (Think positive!)


Ok, kesimpulannya, kalau anda tidak BUTA HURUF, boleh membaca dan menulis, potensi anda untuk berjaya sebagai seorang penulis sentiasa ada. Sentiasa sematkan di dalam fikiran bahawa anda boleh menulis; boleh menulis apa sahaja termasuklah artikel, novel dan sebagainya. Ada mind set ini di dalam fikiran dan jiwa anda, anda dah memenuhi keperluan utama yang perlu ada di dalam diri seorang penulis.

HENDAK SERIBU DAYA, TAK MAHU SERIBU DALIH.