Judul : Iqra - Membangunkan Potensi Diri Melalui Amalan dan Disiplin Membaca
Kategori : Karya bukan fiksyen
Sinopsis :
Tidak
ramai di kalangan kita yang benar-benar menyedari dan memahami
kepentingan membaca di dalam kehidupan. Membaca merupakan satu proses,
kemahiran dan kaedah di dalam kita mendapatkan maklumat dan ilmu.
Dengan maklumat dan ilmu yang diperolehi maka cara kita berfikir,
membuat keputusan , bertindak dan mengenalpasti peluang akan menjadi
bertambah baik. Di samping itu, kebolehan untuk membaca membolehkan
seseorang untuk terus berada di dalam proses pembelajaran sepanjang
hayat dan akan membuka lebih banyak peluang dan potensi untuk kita
berjaya di dalam kehidupan.
Buku ini akan membina kesedaran dan
kefahaman para pembaca tentang betapa pentingnya amalan membaca di
dalam kehidupan. Antara tajuk-tajuk yang dikupas di dalam buku ini;
Memahami budaya Iqra’
Kisah-kisah inspirasi tentang kejayaan tokoh-tokoh lalu yang berjaya menerusi disiplin membaca yang kuat.
Bagaimana amalan membaca akan membangunkan potensi diri seseorang
Kemahiran dan teknik untuk memperkukuhkan amalan membaca
Kepentingan dan kelebihan membaca pelbagai bentuk bahan bacaan
Link : Beli di Google Play

Judul : Kelebihan Membaca Komik dan Novel Grafik
Kategori : Karya bukan fiksyen
Sinopsis :
Komik merupakan bahan bacaan yang mudah di dapati di pasaran. Masyarakat
di segenap peringkat usia membeli dan membaca komik sama ada yang
diterbitkan di dalam negara mahupun yang diimpot. Walaupun lazimnya
pandangan umum mengatakan bahawa komik merupakan bahan bacaan ringan,
penulis memberikan hujah-hujah bahawa amalan membaca komik mampu
menyumbang kepada pembangunan daya fikir pembaca dan kecintaan kepada
keindahan seni. Buku ini perlu dibaca oleh 'kaki kaki komik' , pelajar -
pelajar bidang grafik, ibu bapa, pendidik dan mereka yang ingin
mendalami industri penerbitan komik.
Beli di E-Sentral
Judul : ESPIONAJ - Dosa Sang Petualang
Kategori : Novel, fiksyen
Genre : Yusni Yussof
Sinopsis :
Azeem Zulkhairi, anggota Agensi Perisikan, Inisiatif Strategik dan Persenjataan Khusus Nasional
ditugaskan untuk menangkap dan membawa pulang seorang pegawai daripada
Unit Serigala Hitam, pasukan khusus Angkatan Tentera Malaysia yang
dianggap sebagai pembelot yang sekian lama menghilangkan diri. Misi yang
mudah menjadi kompleks apabila kebenaran di sebalik sejarah Unit
Serigala Hitam mula terbongkar dan Azeem bertembung dengan satu sendiket
jenayah antarabangsa yang juga ingin menghapuskan sasarannya.
Beli di Google Play
Judul : Periuk Nasi
Kategori : Karya bukan fiksyen
Sinopsis:
Buku ini adalah kompilasi tulisan 8 anak muda mengenai situasi ekonomi
masyarakat masa kini. Walaupun ianya hanyalah pandangan, namun perlu
diambil perhatian kerana merekalah yang sedang bergelut dan
bereksperimen dengan pelbagai kaedah dan cara untuk meraih rezeki. Ianya
adalah percubaan berani dan bukan sekadar mencari jalan mudah
semata-mata.
Beli di Google Play
Kategori : Komik
Pelukis/Penulis : Cocoon
Genre : Seram, thriller
Sinopsis :
Hana, seorang gadis 21 tahun yang dihantui oleh mimpi-mimpi aneh dan
mengerikan. Dia ingin mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku dan
mencari jalan keluar dari keadaan itu.
Judul : Agen AD
Penulis : Arif Fateh
Kategori : Cerita pendek
Genre : Aksi, thriller
Sinopsis :
Adam Daniyal, agen perisik kerajaan Malaysia baru pulang dari menjalankan misi penting namun terpaksa berhadapan dengan satu ancaman di dalam pesawat yang dinaikinya.
Judul : 6 Jahanam
Pelukis/Penulis : Muhd (X Se-Tank) Iman
Kategori : Komik
Genre : Aksi
Sinopsis :
Tantari, seorang pahlawan yang cekap bermain tekpi memulakan usaha
menjejak pembunuh isterinya - 6 orang penjenayah yang dikenali sebagai 6
Jahanam. Usahanya dibantu oleh Laksamana Damburi, seorang utusan
kerajaan yang juga sedang menjejak kumpulan 6 Jahanam. Karya ini merupakan sebuah adaptasi dari filem 6 Jahanam lakonan Tan Sri P.Ramlee - dengan sentuhan kreatif !
Judul : Tips Menjadi Penulis Hebat ( bahagian i )
Penulis : Yusni Yussof
Kategori : Karya bukan fiksyen
Genre : Tips, self-help
Sinopsis :
Kepada penulis-penulis baru, ebook ini adalah panduan penting untuk anda memantapkan dan mengukuhkan kemampuan penulisan anda.
Muat turun (download ) percuma di Google Play
Judul : Lyrie - Gigantic Saw Weapon
Pelukis/penulis : Emmet
Kategori : komik
Genre : Aksi
Sinopsis :
3 orang insan dengan kuasa luar biasa - Lyrie, Rizq dan Roxanne bertemu untuk bersama-sama menewaskan makhluk gergasi yang hodoh.
No comments:
New comments are not allowed.