Yusni Yussof Sebagai Penulis







Yusni Yussof sudah membina reputasi sebagai penulis dengan karya-karya yang panjang-panjang semenjak di sekolah rendah lagi. Kemudian, peluang melanjutkan pelajaran di Sekolah Alam Shah, Cherasa pada 1993-1997 membantu untuk beliau menajamkan lagi kemahiran menulis beliau.

Yusni seterusnya menjadi terus aktif dengan penulisan. Makalah-makalah beliau pernah diterbitkan di Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Minda, Tunas Cipta  dan Perajurit serta Asian Defence Journal. Selain daripada menghasilkan makalah-makalah  yang mengetengahkan isu-isu perundangan, sosio-politik, sosio-ekonomi, isu-isu antarabangsa & geopolitik,  pertahanan & keselamatan, sains & teknologi serta isu-isu alam sekitar, Yusni juga menulis dalam genre cerpen.

Antara buku beliau termasuklah PKPIM Lima Dasawarsa (2008), Kelebihan Membaca Komik dan Novel Grafik (2013), Iqra: Membangunkan Potensi Diri Menerusi Amalan dan Disiplin Membaca (2013, format bercetak dan ebook), Perajurit Watan:Inisiasi (2014, format ebook). 

Novel sulung beliau bertajuk Abad Perjuangan pernah dihantar ke Pertandingan Menulis Novel Alaf Baru anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka sekitar 2001/2002 tetapi gagal meraih sebarang tempat. Lebih malang, manuskrip tersebut telah hilang daripada simpanan beliau. 

Novel kedua beliau bertajuk ESPIONAJ pula dalam proses untuk diterbitkan.

Antara artikel, makalah dan cerpen beliau adalah :

Menilai Semula Budaya  Tahun Baru, diterbitkan dalam keluaran Mac 2002 majalah Dewan Masyarakat.

Budaya Perundangan Malaysia, diterbitkan dalam keluaran Oktober 2003 majalah Dewan Budaya.

Memerangi Budaya Buli dan Samseng, diterbitkan dalam keluaran November 2003 majalah Minda.

Malam Edan di Ambang 2004, diterbitkan dalam keluaran Februari 2004, majalah Tunas Cipta.

Benarkah Universiti Tempat bercinta, diterbitkan dalam keluaran Februari 2004, majalah Minda.

Pendermaan Organ: Benturan Etika dan Kemelut Insani, diterbitkan dalam keluaran Mac 2004, majalah Minda.


Kemajuan Bukan Tiket Musnah Alam Sekitar  diterbitkan dalam keluaran Jun 2004, majalah Minda.


Vektor Ancaman Terhadap Malaysia Selepas 57 Tahun, diterbitkan dalam keluaran September 2014, majalah Perajurit.