Asal hikayat,
saya mengenali penulis buku ini, M. Hafiz Zainol Abidin sebagai seorang pelajar undang-undang @ law school UIAM. Pada ketika itu, dia
dikenali sebagai salah seorang pemuzik dengan alat muzik yang unik dan tak
pernah saya jumpa iaitu ‘Didjeridoo’. Alat tersebut adalah alat muzik
tradisonal masyarakat pribumi Australia.
Setelah beberapa lama
terpisah kerana masing-masing mencari rentak
dalam permulaan hidup bekerjaya, saya menemui sekali lagi beliau di
mahkamah. Kali ini beliau sudah tampil sebagai pengamal undang-undang. Lebih
hebat, beliau adalah seorang lawyer
jenayah. Sekali-sekala berjumpa, beliau berkongsi sedikit-sebanyak tentang
dunia undang-undang jenayah. Macam-macam kisah suka-dukanya. Macam-macam
warna-warni perjalanannya. Dunia guaman jenayah bukanlah dunia yang bersifat
hitam putih, walaupun undang-undang jenayah semestinya meletakkan dikotomi yang
jelas antara salah dan tak bersalah.
Apabila beliau
berjaya menerbitkan naskhah Lelaki
Bersut : Tak Panas Ke Bang?, saya lebih teruja kerana saya berjaya
mengenali satu lagi sisi penulis yang saya tak kenal. Dan melihat posting-posting abang Hafiz di
facebook yang berkaitan buku-buku serius yang sedang dibaca beliau, membuatkan
saya lebih happy kerana saya berjumpa
dengan seorang lagi sahabat seangkatan yang suka membaca buku.
Buku ini
memuatkan catatan-catatan dan anekdot beliau sebagai seorang peguam jenayah.
Dalam erti kata lain, ini merupakan rakaman perjalanan seorang peguam yang
membawa pembaca ke alam guaman dan amalan undang-undang. Banyak kisah-kisah yang hanya dapat
diceritakan oleh peguam yang mengalaminya sahaja – termasuklah yang menyayat
hati, yang menunjukkan dunia ni dah nak tunggang-terbalik sikit masa lagi, yang
serius, yang lucu dan macam-macam lagi.
Sesiapa yang
membaca buku ini akan mendapat pendedahan dan disclosure daripada seorang insider,
atau orang dalam yang memang bergelumang dengan perkara-perkara yang
diceritakan dalam buku tersebut. Sekaligus ini membuatkan kita dapat mengetahui
apa yang sebenarnya berlaku di dalam dunia guaman. Sangat ekslusif dan tidak
semestinya glamor semata-mata macam cerita-cerita di tv.
Sebagai peguam,
adakalanya beliau bertemu dengan Orang Kena Tuduh, keluarga mereka dan
sebagainya. Di situlah macam-macam kisah duniawi tentang manusia yang akan
berlaku.
Saya sebagai penggemar
buku, atau avid reader, telah berkesempatan membaca karya daripada pelbagai penulis. Dari situ, saya juga sudah mampu membuat penilaian tentang hasil penulisan, gaya dan stail seseorang penulis. Abang Hafiz
memang mempunyai gayanya yang tersendiri. Kalau kita bersembang dan
berbual-bual dengan orang Utara, kadang-kadang lawak atau punchline yang dibuat tu hanya boleh ditangkap apabila orang tu
menghabiskan percakapannya, dan disulami dengan senyuman kecil. Ada lawak yang
nak disampaikan, dan hanya mereka yang tajam akal saja cepat menangkap apa yang
nak disampaikan. Begitulah juga dengan stail dan gaya penulisan abang Hafiz,
bagi saya kekuatannya adalah dia memiliki gaya dan stail penulisan tersendiri
dan sangat reflektif dengan dirinya yang seorang anak jati Perlis. Simple tetapi
padat.
Buku ini nipis
sahaja, sekitar 80 muka surat dan memuatkan 30 cerita. Saya percaya semuanya
berdasarkan kisah benar. Cerita kegemaran saya adalah ‘Tak gila pun’ yang
menutupi buku ini.
Saya doakan
abang Hafiz sahabat saya ini akan berdaya untuk menghasilkan lebih banyak
karya-karya sebegini untuk membina pemikiran masyarakat Malaysia ni. Sempoi
bag hang!
p/s – sesiapa yang
berminat untuk mendapatkan buku ini, boleh hubungi abang Hafiz di facebooknya
iaitu Pak Sheikh Hafiz .
No comments:
Post a Comment