Apa-apa yang berkaitan dengan dunia buku,penerbitan ebook, pembacaan, penulisan dan filem. Tu saja.
Konsultan Read Dynamics
Showing posts with label Sosioekonomi & Sosiopolitik. Show all posts
Showing posts with label Sosioekonomi & Sosiopolitik. Show all posts
Saturday, 5 December 2015
The 48 Laws of Power oleh Robert Greene
This is a very interesting book.
Untuk mereka yang berada di posisi yang menggunakan 'kuasa' dan untuk mereka yang ingin menyelamatkan diri masing-masing daripada kesan & pengaruh mereka yang memiliki 'kuasa', buku ini memberikan 48 hukum yang boleh diguna pakai.
Hukum pertama yang diletakkan di dalam buku ini sememangnya akan membuka mata kita. ; ‘ Never Outshine the Master ‘ - Jangan melampaui & membayangi Ketua anda! Inilah hukum yang paling benar yang selalu menyebabkan mereka yang memegang jawatan 'Timbalan' akhirnya dijatuhkan oleh ketuanya sendiri.
Tips-tips yang dicatatkan dalam buku ni memang praktikal, dan kadang-kadang bersifat immoral, penuh muslihat, licik, tanpa perikemanusian dan bersifat cunning serta shrewd....tapi bagi saya secara peribadi, itulah yang sebenarnya membayangkan tingkah laku dan perangai manusia apabila berada di puncak kekuasaan. Manusia sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan kuasa dan mempertahankan kuasanya.
Penulis dalam membuktikan hujah-hujah beliau di dalam buku ini turut memberikan kisah-kisah sebenar yang telah berlaku di dalam lembaran sejarah tentang bagaimana 48 hukum-hakam kuasa ini diaplikasikan. Jadi, hukum-hakam yang dibentangkan di dalam buku ini sememangnya bersandar kepada fakta dan kejadian sebenar yang telah dikaji oleh penulis. 48 hukum-hakam ini ternyata proven and tested !
Sekiranya anda pernah terasa dianiaya dan menjadi mangsa kepada mereka yang berkuasa, pasti anda dapat mengaitkan pengalaman anda itu dengan salah satu daripada 48 hukum-hakam yang dimasukkan ke dalam buku ini. Maka, janganlah menjadi naif dan belajarlah daripada pengalaman.
Jika anda ingin menjadikan diri anda sebagai seorang yang berkuasa, bacalah buku ini. Jika anda ingin menyelamatkan daripada bahaya 'kuasa' yang dimiliki seseorang, bacalah buku ini. Jika anda ingin sekadar mengambil tahu sahaja pun, bacalah buku ini.
Wednesday, 29 July 2015
The Colour of Inequality oleh Muhammed Abdul Khalid
Pandangan saya, golongan muda bumiputera dan Melayu di Malaysia perlu
membaca buku ini.
The Colour of Inequality adalah sebuah karya terbaik dan jujur
untuk kita memahami permasalahan sosio-ekonomi yang sedang melanda Malaysia.
Dengan sorotan penulis tentang bagaimana sejarah masalah ketidak adilan ekonomi, ketaksama rataan
dan jurang ekonomi bermula di negara, penulis mengakhiri buku ini dengan
beberapa cadangan yang boleh dipraktikkan bagi memperbaiki masalah ini.
Saya tidak mahu mengupas secara terperinci tentang perkara yang
diketengahkan, sebaliknya pembaca beli & bacalah sendiri hujah-hujah yang
diketengahkan oleh Muhammed Abdul Khalid yang disokong dengan fakta dan
perangkaan serta hasil-hasil kajian yang dilakukan.
Menerusi buku ini, sesuatu stereotaip seperti Melayu malas, tidak pandai
berniaga ataupun Dasar Ekonomi Baru itu gagal telah disanggah dengan fakta dan
angka. Maka, persepsi dan salah tanggapan yang tidak pernah dibuktikan perlu
dinilai semula.
Subscribe to:
Posts (Atom)

