Showing posts with label Wira Kota Sirna (Novel Bersiri). Show all posts
Showing posts with label Wira Kota Sirna (Novel Bersiri). Show all posts

Thursday, 26 March 2015

Wira Kota Sirna ( Novel Bersiri)

Bab 1  Fragmen 3



Sekadar gambar hiasan





Jam menunjukkan pukul 10.35 pagi ketika Luqman terjaga dari tidurnya. Dia meniarap di atas katil. Tidurnya terjaga tiba-tiba tanpa diketahui sebab. Setelah sedar, Luqman berpusing dan kini menelentang di atas katil. Matanya memandang siling bilik dan kipas yang sedang berpusing dengan laju. Buat beberapa ketika dia hanya terkebil-kebil. Rasa penat dan sengal-sengal masih ada pada badannya akibat pertarungan pada malam tadi menghadapi dua orang penjenayah yang telah menculik dan merogol seorang eksekutif wanita. Kedua-duanya telah ditewaskan dan diikat. 

Luqman hanya berseluar pendek boxer di atas katil. Dengan malas, ia bangun dan duduk di sisi katilnya. Dari tingkat penthouse itu, Luqman melepaskan pandangannya menerobos tingkap dan pintu gelangsar kaca ke arah bandar yang dipenuhi bangunan-bangunan pencakar langit. Dari ruang kamar tidurnya itu, dia dapat melihat hampir seluruh bahagian bandar yang gah itu. Pandangan pada waktu hampir tengah hari memang tidak sama dengan pandangan pada waktu malam. Waktu siang, pandangan pada kamarnya itu hanya menyerlahkan kehidupan kota yang penuh sesak dan sibuk. Manusia dan kenderaan saling memenuhi jalan dan kaki lima, bergerak menuju ke tujuan masing-masing. Pada waktu malam pula, keindahan lampu-lampu pada bangunan yang terpasangan mewujudkan suatu keindahan tersendiri.

Luqman lebih suka pemandangan pada waktu malam.

Dan pada waktu malam jugalah dia menjalankan tugasnya untuk memerangi jenayah di bandar itu. Malam tadi, dua lagi penyangak berjaya ditumpaskan. Semenjak dia mula menjalankan tugasnya hampir sebulan lalu, kira-kira 23 orang penjenayah berjaya ditewaskan. Kebanyakannya adalah perompak, kongsi gelap,  kaki pukul dan  penjenayah seks yang cuba mencari mangsa mereka apabila malam menjelma. Kehadirannya di bandar itu kini menyebabkan penjenayah-penjenayah mula berasa gentar. Kalau dulu mereka berleluasa dan bermaharajalela, kini mereka lebih berhati-hati. Penduduk kota juga lebih rasa selamat untuk keluar pada waktu malam, seolah-olahnya ada pelindung yang bersedia untuk melindungi mereka apabila diperlukan. 

Luqman bangkit dari katil dan menjejakkan kakinya di lantai. Dia terus berjalan dan melangkah keluar dari kamar tidurnya sambil mengenakan baju t. Dia luar bilik, dia segera mendapatkan sebuah monitor kecil yang diletakkan di atas sebuah meja. Tangannya segera menekan butang pada monitor tersebut. Monitor terpasang. Beberapa saat kemudian, Luqman menekan pula skrin sesentuh monitor tersebut untuk menghubungi seseorang.

20 saat kemudian, wajah wanita berkaca mata tebal gaya retro muncul di skrin monitor. Wajahnya tersenyum.

Monday, 23 March 2015

Wira Kota Sirna ( Novel bersiri )

Bab 1, Fragmen 2




ASP Rizal  berdiri sambil menghisap cerut murah yang dibawanya bersama. Dia memerhatikan anggota-anggota polis yang lain menjalankan kerja masing-masing di lokasi jenayah tersebut. ASP Rizal melihat kedua-dua penjenayah yang bernama Abu dan Raju dipaksa berdiri oleh anggota-anngotanya dan disuruh masuk ke dalam kereta peronda polis. Mereka tidak dilayan dengan baik atau sopan. Walau apa jua yang dikatakan oleh peguam bagi penyangak ini kelak, tentang  one is presumed innocent until proven guilty’ , ‘rule of law’ dan sebagainya, itu semua boleh pergi jahanam. Kadar jenayah yang teruk di bandar ini, ditambah lagi dengan peguam-peguam yang bersekongkol dengan oraganisasi-organisasi jenayah terancang menjadikan usaha polis untuk membanteras jenayah lebih susah. Sistem undang-undang di bandar ini tidak sempurna.

Walau bagaimanapun, sekali lagi kerja-kerja polis untuk menangkap penjenayah dan penjahat tegar di kota ini dimudahkan dengan bantuan seseorang. Apa yang dia tahu, dia menerima panggilan telefon di rumah ketika sedang enak tidur dengan isterinya dari balai. Sarjan bertugas di balai memaklumkan bahawa unit peronda mereka menemui Abu dan Raju dalam keadaan terikat kaki dan tangan mereka. Muka mereka lebam-lebam dan luka tanda dibelasah teruk. ASP Rizal terpaksa bangun dari tidur dan mengorbankan keenakan nikmat suami misteri di tengah-tengah malam untuk melihat sendiri apa yang berlaku di lokasi jenayah. Dalam perjalanan ke lokasi jeyah pula dia menerima satu lagi panggilan telefon dari balai yang mengatakan Abu dan Raju telah menceritakan bahawa mangsa culik mereka kini berada di sebuah premis rumah kedai di kawasan hitam bandar tersebut. Sebuah lagi kereta peronda yang dikerahkan ke lokasi itu mengesahkan bahawa maklumat yang diberikan oleh dua penyangak tersebut adalah baik. 


Sambung baca di