Terbitkan Komik Anda Secara Ebook Bersama Kami



Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera. 


 Adakah anda seorang karyawan komik? Berminat untuk terbitkan komik anda dalam bentuk digital dan ebook untuk dijual menerusi Google Play Book? 

Kelebihan menjual komik anda dalam format ebook  di Google Play Book :


  1. Peminat dan bakal pembeli  dari seluruh dunia dapat melihat komik anda
  2. Anda dapat meningkat jangkauan dan capaian pembeli-pembeli komik anda
  3. Komik anda akan dapat terus dimuat turun ke telefon pintar, komputer tablet, komputer riba dan komputer desktop yang menjadi trend kehidupan dan gaya hidup masa kini tanpa perlu ke kedai buku lagi
  4. Selepas membeli dan membuat turun komik anda, pembeli dan pembaca boleh membaca komik anda di mana-mana tanpa perlu wifi/internet
  5. Anda tidak perlu risau tentang kehabisan stok komik dan cetak semula (reprint) komik 
  6.  Pembeli-pembeli boleh menggunakan kad kredit, kad debit dan pembayaran menerusi Celcom untuk membeli ebook anda. Sangat mudah - pembayaran di hujung jari!
  7. Google Play Book boleh diakses menerusi Google Play apps yang boleh  dimuat turun ( download) menerusi Play Store sama ada anda menggunakan Android atau iOS.
  8. Google menyediakan DRM atau Digital Rights Management yang akan melindungi karya digital  anda daripada di'copy', di'download' secara tak sah dan diedarkan secara salah.
  9.  User interface dan aplikasi Google Play Book yang sangat mesra pembaca dan memberikan pengalaman membaca yang menyenangkan pembaca.



Syarat & Terma Penerbitan


1. Anda akan kekal memegang hak sebagai pencipta karya tersebut.

2.
Anda boleh menggunakan apa juga latar belakang cerita  yang bersesuaian, seperti dunia sains fiksyen, era purbakala, gaya hidup urban dan sebagainya.

3.
Pastikan komik anda tidak mengandungi perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti masyarakat seperti agama, politik, perkauman dan tema seksual yang keterlaluan.

4.
Pastikan juga karya anda tidak mengandungi elemen-elemen  yang boleh dianggap  menghasut (seditious) dan memfitnah (defamatory) mana-mana pihak ketiga.

5.
Bagi tujuan perkongsian keuntungan/hasil jualan, bagi setiap unit ebook komik yang akan diterbitkan di Google Play,anda kan menerima 70 % daripada keuntungan/hasil jualan manakala pihak kami akan menerima 30 % daripada keuntungan/hasil jualan.

6.
Sila ambil maklum  bahawa Google akan terlebih dahulu memotong fee/caj daripada harga jualan ebook komik tersebut  pada kadar 37-40 % daripada harga jualan sebelum membayar baki daripada harga jualan kepada pihak kami. Baki daripada harga jualan tersebut merupakan keuntungan/hasil jualan yang akan dikongsi bersama oleh anda dan kami .


Contoh pengiraan :

Harga jualan    -    RM 10.00

Apabila ebook anda terjual, Google akan memotong fee/caj sebanyak 40 %, iaitu kira-kira RM 4.00.

Baki sebanyak RM 6.00  iaitu baki harga jualan akan dikongsi bersama melalui pecahan   30 %   kepada  pihak kami   dan  70 %   iaitu RM 4.20 kepada  pihak anda. 



 
7.  Google hanya akan membayar kepada  kami  amaun keuntungan/hasil jualan selepas 60 hari daripada transaksi pembelian ebook komik dibuat oleh pembeli. Kami  selanjutnya akan membuat pembayaran secara pindahan dana (fund transfer ) kepada akaun yang ditetapkan oleh anda dalam masa 7 hari bekerja selepas menerima pembayaran keuntungan/hasil jualan daripada pihak Google.

8.
Kami  akan menghantar laporan jualan ebook komik tersebut  yang dikeluarkan oleh Google kepada kami pada setiap 7 haribulan pada setiap bulan untuk semakan pihak anda.

 




Syarat-syarat :


1. Sila hantarkan komik anda kepada kami. 

Hantarkan cover komik anda dalam format JPEG  dan halaman-halaman komik anda dalam format  PDF bagi setiap mukasurat yang berasingan , atau  jadikan dan gabungkan semua halaman komik anda sebagai 1 fail pdf sahaja.






Berminat atau ingin tahu secara lebih lanjut? Emel kepada kami di  transhorizons.media@gmail.com