Apa-apa yang berkaitan dengan dunia buku,penerbitan ebook, pembacaan, penulisan dan filem. Tu saja.
Konsultan Read Dynamics
Sunday, 16 August 2015
Menziarahi karya klasik ' The Clash of Civilizations and the Remaking of World Order'
Ketika buku ni mula-mula diterbitkan dulu dalam era awal dekad 1990-an, satu dunia mengalami polemik kesan daripada hujah-hujah yang diketengahkan oleh penulisnya. Samuel P Huntington berhujah bahawa selepas tamatnya era Perang Dingin, bentuk model konflik lama yang berpaksi pertembungan Komunis Kapitalisme akan digantikan dengan model Clash of Civilizations, iaitu pertembungan tamadun.
Mengapa dia berhujah begitu? Huntington berhujah mengatakan bahawa agama merupakan satu elemen yang mula bangkit kerana manusia mula mencari identiti dan tujuan hidup yang makin hilang dengan perkembangan modenisasi dan kemajuan hidup di barat. Selain itu, kebangkitan ekonomi negara-negara di Asia juga menyuntik keyakinan mereka untuk maju dan moden dengan cara sendiri tapa menjadi Barat. Apabila faktor-faktor ini berkumpul, maka risiko pertembungan antara tamadun Barat, Islam dan Konfusianisme diramal akan berlaku.
Subscribe to:
Posts (Atom)