Sunday 16 August 2015

Menziarahi karya klasik ' The Clash of Civilizations and the Remaking of World Order'



Ketika buku ni mula-mula diterbitkan dulu dalam era awal dekad 1990-an, satu dunia mengalami  polemik kesan daripada hujah-hujah yang diketengahkan oleh penulisnya.  Samuel P Huntington berhujah bahawa selepas tamatnya era Perang Dingin, bentuk model konflik lama yang berpaksi pertembungan Komunis Kapitalisme akan digantikan dengan model Clash of Civilizations, iaitu pertembungan tamadun.

Mengapa dia berhujah begitu? Huntington berhujah mengatakan bahawa agama merupakan satu elemen yang mula bangkit kerana manusia mula mencari identiti dan tujuan hidup yang makin hilang dengan perkembangan modenisasi dan kemajuan hidup di barat. Selain itu, kebangkitan ekonomi negara-negara di Asia juga menyuntik keyakinan mereka untuk maju dan moden dengan cara sendiri tapa menjadi Barat. Apabila faktor-faktor ini berkumpul, maka risiko pertembungan antara tamadun Barat, Islam dan Konfusianisme  diramal akan berlaku.






Seperkara yang menarik, dalam membentangkan hujah-hujahnya, Huntington mengklasifikasikan dunia mengikut tamadun-tamadun berikut, seperti :
  • Tamadun Barat ( Western)
  • Amerika Latin
  • Ortodok
  • Tamadun Timur ( merangkumi wilayah dengan penduduk beragama Buddha, Cina, Hindu dan Jepun)
  • Tamadun Islam

Semasa mula-mula diterbitkan, idea Huntington ternyata mencetuskan polemik yang cukup hebat, ramai yang mengatakan hujah-hujahnya salah.  Secara peribadi, saya merasakan  bahawa pertembungan Barat dan Islam adalah sesuatu yang real, bukan sekadar teori. Malah sarjana Islam yang tersohor, Dr. Yusuf Al Qardhawi juga ada mengupas teori dan  hujah yang diutarakan Huntingtondalam salah sebuah karyanya.

Tidak semua hujah-hujah Huntington tersasar atau tidak berasas. Buku ni satu percubaan yang berani, dan semua orang mungkin terasa pandai dan mengikut arus semasa bila memetik nama buku ni sahaja dalam ucapan-ucapan mereka. Membacanya dari kulit ke kulit?....belum tentu.

No comments:

Post a Comment