Kini anda boleh menerbitkan karya anda sendiri dalam format digital iaitu ebook dan menjualnya kepada orang ramai dan menjana keuntungan berlipat ganda.
Namun, untuk melakukannya, anda perlu mengetahui 12 perkara yang terkandung di dalam ebook ini.
Pirates of the Caribbean : Dead
Men Tell No Tales atau juga dikenali sebagai
Pirates of the Caribbean : Salazar’s Revenge merupakan sekuel kepada
siri-siri filem Pirates of the Caribbean. Filem ini kembali membawa tumpuan
peminat-peminat francais filem ini kepada pengembaraan Kapten Jack Sparrow,
ketua lanun .
Menerusi filem ini, penonton dibawa mengikuti satu lagi pengembaraan hebat Jack Sparrow untuk mencari trisula
Poseidon, satu senjata agung yang membawa mitos bahawa trisula tersebut mampu menghapuskan segala bentuk
sumpahan yang membelenggu sesiapa sahaja di samudera nan terbentang luas. Henry
Turner, anak kepada Will Turner yang kini disumpah untuk mengemudi kapal Flying
Dutchman telah meminta bantuan Jack untuk mencari trisula tersebut bagi
menamatkan sumpahan yang telah membelenggu ayahnya sekian lama.
Pada masa yang sama, Jack juga
kini diburu oleh ‘hantu dari masa silamnya’ – Kapten Armando Salazar , pemburu lanun daripada Tentera Laut Sepanyol yang ingin membalas dendam terhadap Jack.
Rupa-rupanya Jack dan Salazar pernah bertarung di lautan menerusi kapal laut
masing-masing suatu ketika dahulu , dan kelicikan Jack telah berjaya menumpaskan
kapal Salazar. Akhirnya, Salazar dan pelayar-pelayarnya terperangkap di dalam ‘Devil’s
Triangle’, gua di lautan yang mengandungi sumpahan kejam!
Perjalanan & pelayaran Jack
pula hanya dapat dilakukan dengan bantuan Carina Smyth, seoarang wanita yang
meminati pelbagai ilmu sains termasuk ilmu falak yang disangka merupakan ahli sihir.
Di sebalik semua yang berlaku. Carina rupanya mempunyai pertaliannya tersendiri dengan Kapten Barbarossa,
musuh ketat kepada Jack.
Memang siri-siri Pirates of the
Caribbeans tidak menghampakan, termasuk filem ini. Walaupun dipenuhi penggunaan
CGI, penonton pasti terhibur dengan aksi-adventure-pengkhianatan-kompromi yang
merupakan amalan para lanun terhadap satu sama lain. Babak yang unik dalam filem ini adalah
ketika di mana lautan terbelah, membolehkan Jack, Henry dan Carina turun ke dasar laut dengan segala isinya untuk mendapatkan trisula yang dihajatkan .
Pada pandangan saya, filem ini
mempunayi plot dan jalan cerita yang menghiburkan, tidak meleret dan straight
forward. Lakonan Javier Bardem sebagai Kapten Salazar yang menyimpan kesumat
terhadap Jack Sparrow sememangnya hidup dan menggerunkan, malah karismanya
ketara.
Sebaliknya, watak Jack Sparrow
agak tenggelam dengan dialog-dialog atau one liner yang membosankan. Namun
seperti biasa, Jack sebagai seorang oportunis, sentiasa berjaya mencuri peluang
dan kesempatan untuk mendapat sesuatu untuk dirinya sendiri, namun ironinya apa yang
diperolehi juga mendatangkan manfaat kepada orang lain.
Babak ketika Salazar menghimbau
kenangan ditewaskan oleh Jack Sparrow ketika muda menerusi kecerdasan, muslihat dan ketinggian kemahiran ilmu lautan
Jack adalah satu-satu penyelamat kepada reputasi Jack dalam filem ini. Menerusi
babak ini, ternyata Jack Sparrow, walaupun sering kelihatan seperti pemabuk,
tidak serius, cuai dan oportunis, membuktikan sebenarnya dia adalah seorang
pelaut yang hebat semenjak di usia muda.
Skor dan muzik latar di dalam
filem oleh Geoff Zanelli ini semamangnya
berjaya menghidupkan emosi semangat, kegilaan, ketangkasan, kelicikan dan debaran
yang dialami sepanjang adventure para lanun di lautan.