Wednesday 29 July 2015

The Colour of Inequality oleh Muhammed Abdul Khalid








Pandangan saya, golongan muda bumiputera dan Melayu di Malaysia perlu membaca buku ini.

The Colour of Inequality adalah sebuah karya terbaik dan jujur untuk kita memahami permasalahan sosio-ekonomi yang sedang melanda Malaysia. Dengan sorotan penulis tentang bagaimana sejarah  masalah ketidak adilan ekonomi, ketaksama rataan dan jurang ekonomi bermula di negara, penulis mengakhiri buku ini dengan beberapa cadangan yang boleh dipraktikkan bagi memperbaiki masalah ini. 

Saya tidak mahu mengupas secara terperinci tentang perkara yang diketengahkan, sebaliknya pembaca beli & bacalah sendiri hujah-hujah yang diketengahkan oleh Muhammed Abdul Khalid yang disokong dengan fakta dan perangkaan serta hasil-hasil kajian yang dilakukan. 

Menerusi buku ini, sesuatu stereotaip seperti Melayu malas, tidak pandai berniaga ataupun Dasar Ekonomi Baru itu gagal telah disanggah dengan fakta dan angka. Maka, persepsi dan salah tanggapan yang tidak pernah dibuktikan perlu dinilai semula. 





Topik-topik di dalam buku ini adalah seperti berikut :

Chapter 1 : Introduction and background

Chapter 2:   Malaysia’s Historical Economic Inequality and Race Relations ( di sinilah nasib malang umat Melayu bermula, oleh itu janganlah kita berasa apologetik dengan kemampuan bangsa sendiri!)

Chapter 3: The asset Ownership

Chapter 4: Why the Gap?

Chapter 5 : The Way Forward

Banyak fakta dan dapatan kajian yang didapati oleh penulis begitu mengejutkan, dan boleh menyebabkan orang Melayu dan Bumiputera menjadi sebak apabila membacanya.  Saya percaya buku ini akan terus menjadi rujukan penting dalam memahami sejarah dan realiti sosioekonomi dan sosiaopolitik Malaysia sekurang-kurangnya untuk tempoh 100 tahun akan datang!



IKLAN

Anda minat novel perisikan-thriller dan aksi?
Dapatkan ebook saya ESPIONAJ : Dosa Sang Petualang 





Boleh di dapati di Google Play Books

No comments:

Post a Comment