Tuesday 17 February 2015

MindSet : Eleven Ways To Change The Way You See and Create the Future










Apa yang 'hype' sangat tentang buku MindSet  ni?

Kalau saya nak jawab, buku ni jadi penting kerana buat pertama kalinya John Naisbitt berkongsi dengan pembaca tentang kaedah-kaedah untuk mengkaji trend semasa untuk mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan. 

Nama John Naisbitt bukanlah asing kepada ramai orang yang suka membaca buku-buku non-fiction. John Naisbitt adalah salah seorang futuris, atau pemikir dan pengkaji trend-trend masa depan yang sangat dikenali seantero dunia. Seawal pertengahan dekad 1980-an lagi, Naisbitt telah tampil dengan karya-karya bestseller dalam siri-siri buku Megatrends-nya. Buku Global Paradox dan High Tech High Touch pula mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai seorang pemikir trend-trend masa depan yang sangat disegani. Kini menerusi buku MindSet ini Naisbitt berkongsi kepada pembaca kaedah-kaedah yang digunakan oleh beliau dalam mengkaji trend dan pattern yang sedang berlaku di dalam masyarakat dan kemudiannya mencadangkan bentuk-bentuk trend-trend utama yang akan berlaku pada masa hadapan.

John Naisbitt juga merupakan salah seorang pemikir bagi think thank Malaysia, ISIS atau Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa.

John Naisbitt bukanlah seorang ahli tilik mahupun mempunyai kemampuan seperti Nostradamus, tetapi beliau membuat prediksi berdasarkan apa yang kita semua boleh lihat sedang berlaku di dalam masyarakat pada hari ini. Beliau menggunakan fakta dan angka, facts and figures dalam meramalkan apa yang akan berlaku di dalam masyarakat.

Apa yang disentuh oleh Naisbitt dalam buku ini adalah 11 kaedah yang beliau terapkan di dalam fikiran beliau dalam mengkaji pattern dan trend tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Beliau mempunyai ratusan kaedah yang digunakan, tetapi 11 kaedah yang dibincangkan dalam buku ini adalah kaedah yang paling efektif mengikut beliau. Antara kaedah-kaedah yang menarik adalah seperti :

While many things change, most things remain constant


The future is embedded in the present


Resistance to change falls if benefits are real


You don’t get results by solving problems but by exploiting opputunities

Focus on the score of the game


Dalam buku ini juga beliau menjelaskan tentang kaedah content analysis, iaitu satu kaedah di mana beliau mengkaji laporan-laporan daripada ratusan akhbar bagi mengenalpasti trend-trend terkini yang sedang berlaku di dalam masyarakat. Dengan mengetahui apa yang sedang berlaku kini, tidak susah untuk kita membuat jangkaan tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Salah satu kekuatan buku ini adalah dalam mengupas bab-bab di dalam buku ini, Naisbitt menggunakan banyak contoh sebenar yang berlaku dalam sejarah tamadun manusia.

Bagus buku ni, kepada sesiapa yang ingin jadi trend setter atau leader, kena baca dan hadam kandungannya. Barulah kita tidak sekadar menjadi pengikut semata-mata. 

Secara peribadi juga saya terkesan dengan apa yang disampaikan oleh Naisbitt dalam bab Introduction buku ni. Menurut beliau, amalan dan disiplin membaca-lah yang membuka fikiran dan membawa beliau meneroka pelbagai cabang ilmu pengetahuan sehingga meletakkan beliau di mana beliau berada pada hari ni. 

No comments:

Post a Comment