Wednesday 11 February 2015

Tip No. 2 Nak Jadi Penulis Hebat (Tapi Belum Tentu Kaya!)


2. Penulis kena-lah banyak membaca!

Ok, kalau nak jadi penulis, kita kena banyak membaca. Bila disebut tentang banyak membaca, tak semestinya hanya banyak baca novel. Seseorang penulis tu kenalah membaca daripada pelbagai sumber termasuklah buku-buku fiksyen, non-fiksyen, majalah, buku autobiografi, surat khabar, website, blog dan sebagainya. Daripada bahan-bahan bacaan yang dibaca inilah pemikirannya diasah dan diperkembang. Barulah apa-apa yang ditulis menjadi logik, lebih menarik dan lain daripada yang lain.

Jom tengok sedutan novel grafik 'Mat Som' oleh Dato' Lat......










 



Kenapa penulis perlu banyak membaca? Sebabnya,  daripada pembacaan-lah datangnya semua idea.
Idea sangat penting kepada penulis. Bila ketandusan idea, buku atau bahan-bahan yang pernah dibacalah yang akan membantu kita untuk mengarang dengan lebih baik. Ilmu atau maklumat yang ada akan diproses, dikaitkan, dicerna, dihadam, disusun dan dikeluarkan dalam bentuk penulisan yang baik.

Hakikatnya, kita tidak ada ilmu dan tahu tentang semua benda, tetapi kita boleh membaca dan tahu tentang banyak perkara. 

Penulis-penulis yang baik dan hebat semuanya berbelanja besar untuk beli buku, novel, majalah dan sebagainya. Daripada bahan-bahan yang kita bacalah kita dapat menemui maklumat dan ilmu yang baru. 

Kalau kita seorang penulis karya-karya fiskyen seperti novel, kita kena banyak juga membaca bahan-bahan bukan fiksyen dan buku-buku perbincangan idea berat. Barulah penulisan kita seimbang dengan apa yang sebenarnya berlaku di dunia sebenar.

Begitu juga kalau kita menulis buku-buku bukan fiksyen ( non-fiksyen), membaca buku-buku novel akan membantu memperkukuh penggunaan bahasa dan elemen manusiawi dalam apa yang kita tulis.

Membaca majalah dan akhbar pula sangat berguna untuk kita mendapatkan maklumat-maklumat terkini dan perkembangan semasa yang sedang berlaku.

Penulis memang seorang yang perlu banyak membaca. Kalau seseorang tu mengaku dirinya seorang penulis tapi kita tengok dia tak pernah pegang, bincang atau beli buku, mesti bukan penulis yang genuine la tu.

Lagi satu perkara, seseorang yang banyak membaca walaupun asalnya bukan seorang penulis, lambat laun dia akan tetap menjadi seorang penulis juga. Sebabnya? Apabila kita banyak membaca, maklumat-maklumat banyak terkumpul di dalam kepala kita sehingga ke tahap 'membuak-buak' kadangkala. Hanya dengan menulis sahaja otak seseorang yang menulis tu akan menjadi lebih 'tenang'.

Pendek kata, buku dan bahan bacaan ni adalah makanan otak  yang wajib kepada seseorang yang bergelar penulis.

Wasallam untuk kali ni.


No comments:

Post a Comment