Tahun 2017 menyaksikan filem Ghost
in the Shell – karya yang berasal daripada komik, kemudiannya di adaptasi
kepada filem animasi, akhirnya diangkat menjadi filem. Filem bergenre cyberpunk ini secara ringkas
mengisahkan perihal Major (berdasarkan komik , dikenali sebagai Major Motoko
Kusanagi) , seorang ahli pasukan keselamatan Section 9 bersama-sama rakannya
yang lain terutamanya Batou yang ditugaskan untuk menangkap
penjenayah-penjenayah di dalam dunia di mana alam sibernatik dan teknologi
kecerdasan buatan (AI) merupakan ciri utama kehidupan manusia.
Selain daripada jalan cerita yang menggabungkan elemen aksi, sai-fai, thriller dan drama, apa
yang perlu dilihat adalah konsep dan idea teras yang mendokongi filem ini. Filem ini menggambarkan period di dalam era kehidupan manusia, ketinggian teknologi telah
membolehkan manusia mempertingkat kemampuan fizikal masing-masing, melalui
proses enhancement iaitu
bahagian-bahagian tubuh badan manusia boleh digantikan dengan komponen-komponen
robotik yang membolehkan manusia menjadi lebih berkuasa dan perkasa.
Namun, itu bukanlah persoalan utama.
Persoalan yang lebih penting adalah apabila manusia mampu berbuat sedemikian,
maka apakah batasan dan mampukan manusia mengawal dirinya sendiri daripada
menyalahgunakan kemajuan teknologi untuk kepentingannya sendiri. Persoalan
klasik dan cliche tentang sains yang diibaratkan seperti sebilah pisau – boleh digunakan
untuk manfaat kehidupan manusia namun juga boleh digunakan untuk mendatang
mudarat kepada orang lain terus menjadi teras filem ini.
Tahap pencapaian teknologi yang
dipaparkan di dalam filem ini, pastinya
berteraskan idea yang dipaparkan di dalam siri komiknya, pada hemat saya agak
mengkagumkan dan tidaklah terlalu far fetch atau sukar dicapai dalam jangkamasa terdekat. Mungkin pada suatu hari nanti,
tidak lama lagi, kita akan mampu melihat
kepintaran buatan, robot, android dan
lain-lain lagi sebagaimana yang dipaparkan di dalam filem ini menjadi
kenyataan.
Sekali lagi saya tekankan, Ghost in
the Shell- bermula dari komik/mangga, kemudian menjadi filem animasi, lalu
diangkat ke layar perak. Hakikat bahawa karya ini diangkat dari satu medium ke
medium yang lain membuktikan terdapat
mesej, falsafah dan idea-idea besar yang menjadi pendorong karya ini bertahan
di dalam perjalanan masa.
No comments:
Post a Comment