Thursday 21 November 2013

SN Dato’ A Samad Said: Antara Susuk Karyawan dan Aktivis






 
Sebahagian daripada karya-karya Pak Samad yang disimpan di rumah, pastinya untuk diwariskan kepada generasi muda keluarga saya, temasuk anak-anak!


Nama Sasterawan Negara (SN)  Dato’ A. Samad Said bukanlah suatu nama yang asing lagi di negara. Sebagai seorang tokoh sastera dan karyawan negara, karya-karya beliau sememangnya dibaca oleh segenap lapisan masyarakat,  sama ada oleh generasi muda dan tua.



Saya kurang pasti sejak bilakah saya benar-benar mengenali beliau secara sedar di dalam kehidupan saya. Apa yang boleh saya ingat, berkemungkinan saya mula mengenali beliau menerusi lagu Tetamu Senja nyanyian Kopratasa yang mula tersiar di corong-corong radio pada sekitar pertengahan tahun-tahun 1980-an. Lirik lagu tersebut merupakan sajak yang dihasilkan beliau.  Selanjutnya, saya juga masih ingat beliau pernah dijemput ke program Hiburan Minggu Ini yang dipengacarakan oleh Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad  juga pada sekitar waktu yang sama. Allahyarham secara berjenaka  melukis gambar karikatur A. Samad Said sedang bermain gitar di dalam rancangan tersebut. Seterusnya, saya juga pernah membaca novel kanak-kanak beliau, Yang Berat Sama Dipikul yang dibeli oleh abang pada sekitar period yang sama.



Ketika berusia 17 tahun ( ketika menanti keputusan SPM ) di rumah, barulah buat pertama kalinya saya berkesempatan membaca masterpiece Pak Samad yang pertama, Salina. Itupun buku novel tersebut dihadiahkan  oleh rakan sekolah, Azhar Ayob yang kini merupakan seorang doktor di luar negara. Buat pertama kali ketika membaca karya tersebut, saya benar-benar terpikat dengan jalan ceritanya. Jujur, tidak berpura-pura  dan mengisahkan sikap manusia yang sebenarnya. Memang novel tersebut merupakan novel bahasa Melayu yang bertaraf antarabangsa. Pastikan anda membaca novel tersebut sekurang-kurangnya sekali dalam hayat ini.



Saya juga merasakan novel Hujan Pagi karya beliau sebagai salah satu novel terbaik yang pernah ditulis oleh anak watan. Berkisar tentang kekusutan jiwa seorang wartawan  generasi sebelum perang              ( Lokman ) yang tidak lagi memahami dan menyesuaikan  dirinya dengan perubahan  arah dan perkembangan akhbar masa kini.  Novel ini punya kekuatannya tersendiri.



Selepas Salina dan Hujan Pagi, saya sentiasa mencari-cari hasil karya Pak Samad. Setiap kali terdapat jualan gudang DBP, saya akan bersegera ke sana untuk membeli karya-karya beliau dengan harga yang lebih murah.



Selain daripada novel, drama-drama yang dihasilkan Pak Samad turun mengesankan. Saya berkesempatan membaca Di Mana Bulan Selalu Retak dan Wira Bukit.  Catatan saya, karya-karya tersebut memaparkan secara jujur tentang perilaku manusia. 


Pak Samad merakamkan dengan baik gambaran kehidupan masyarakat sekitar era Perang Dunia Kedua. Perkara ini banyak dilihat di dalam cerpen-cerpen  dan novel-novel seperti Salina, Di Hadapan Pulau dan juga Sungai Mengalir Lesu. Tentang Sungai Mengalir Lesu, saya menghabiskan masa beberapa jam membaca novel tersebut di Perpustakaan Awam Islam di Kuala Lumpur, barangkali ketika menanti panggilan masuk ke universiti sekitar 1998-2000.



Selain daripada karya-karya tersebut, Pak Samad turut menghasilkan sebuah lagi karya hebat tentang kembara fizikal-spiritual-emosional-mental beliau ke nagara-negara Eropah menerusi Warkah Eropah. Karya ini bagi saya begitu menginspirasikan dan Pak Samad berjaya membawa kita mengembara bersama-sama beliau.



Sebuah lagi karya hebat Pak Samad, Al Amin juga bakal menjadi khazanah karya agung negara, In Sha Allah. Karya tersebut merupakan puisi panjang Pak Samad yang memerikan perjalanan hidup Baginda Rasullullah SAW. Memang jarang kita dapat menemui karyawan-karyawan tempatan yang mampu menghasilkan karya Islami sebegini untuk bacaan umat.



Namun saya akui, beberapa karya terkenal Pak Samad tidak sempat saya baca seperti Daerah Zeni dan  Lantai T Pinkie. Lebih malang, secara jujur saya akui bahawa Cinta Fansuri merupakan satu-satunya karya Pak Samad yang langsung tidak saya fahami-saya ulangi LANGSUNG SAYA TAK FAHAM! Mungkin saya perlu kembali membaca novel tersebut yang pertama kali saya baca sekitar 5-6 tahun dahulu.



Mengapa saya menulis semua ini? Saya sekadar ini berkongsi dengan semua bahawa saya lebih mengenali sosok Pak Samad sebagai seorang karyawan dan penulis yang hebat berbanding susuk aktivisme beliau. Semenjak saya dilabelkan sebagai pseudo sufi oleh seorang teman aktivis gerakan Islam,  saya semakin sedar yang saya tidak berminat lagi untuk mengikuti gerakan-gerakan masa.



Saya sekadar ingin menyarankan anak-anak muda yang lebih dekat dengan aktivisme beliau, mungkin anda perlu membaca karya-karya hebat beliau. Selepas membaca tulisan Uthaya Sankar SB bertajuk Alahai Salina dan Pak Samadhttp://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2012/10/22/alahai-salina-dan-pak-samad/   )   di portal Free Malaysian Today, Saya khuatir dan bersetuju dengan pandangan Uthaya Sankar SB  bahawa sebenarnya ramai  yang hanya berpura-pura menyokong perjuangan Sasterawan Negara ini!



Sebagaimana yang lazim diucapkan orang dewasa ini, that’s my two cent-lah! Lol!

Tuesday 12 November 2013

Komputer Tablet dan e-buku - Sepatutnya kita lebih rajin membaca!

Sekiranya dilihat pada realiti kehidupan pada hari ini, kebanyakan daripada kita telahpun memiliki komputer tablet. Malah, ada ibu bapa yang membelikan komputer tablet buat anak-anak yang masih kecil. Kita menggunakan komputer tablet untuk pelbagai tujuan, termasuklah menyemak emel, membuat catatan, mengunjungi laman sosial, menonton Youtube dan sebagainya.

Namun begitu, masih kurang rakyat Malaysia yang memanfaatkan komputer tablet untuk membaca e-buku. Pada hari ini, banyak portal jualan e-buku, seperti Kobo dan I-Book yang menyediakan ribuan e-buku percuma yang boleh dimuat turun dan dibaca di tablet masing-masing. Membaca e-buku menerusi komputer tablet sememangnya menarik, memandangkan banyak aplikasi dan kemudahan yang boleh ditetapkan untuk mendatangkan keselesaan kepada pembaca, seperti membesarkan font tulisan, menanda  ( book mark), membuat nota  dan sebagainya.

Suatu ketika dahulu, jika kita hendak ke mana-mana, kita perlu membawa beg yang berat sekiranya kita ingin membaca buku-buku bersama. Namun dengan wujudnya e-buku, kita boleh membawa ratusan e-buku di dalam tanlet masing-masing untuk dibaca di mana-mana.

Ramai yang mengatakan bahawa mereka sukar mengubah tabiat membaca buku-buku versi fizikal kepada e-buku. Realitinya, industri e-buku semakin berkembang dan kita perlu bersedia berubah  untuk memastikan kita tidak ketinggalan zaman. Harga e-buku yang dibeli juga adalah lebih murah daripada buku fizikal, mungkin membolehkan kita membeli lebih buku dengan jumlah wang yang sama.

Saturday 9 November 2013

Novel grafik : Watchmen oleh Alan Moore






Komik pun masuk? Apa salahnya? Janji aku baca dan menarik......kalau di Barat, buku komik kartun macam ni yang mempunyai plot yang kuat lebih dikenali sebagai novel grafik , graphic novel. Kalau di kulit novel ni, ada tertulis ‘ One of TIME magazine’s 100 best novels’ , maknanya buku ni termasuk dalam 100 buku novel terbaik yang diiktiraf majalah Time. Secara terus terang, aku tak tahu menahu pasal novel ni sampailah aku berpeluang tengok filemnya. Kata seorang kawan aku, Aneep namanya, dia baca novel ni dah lama...jadi aku rasa agak ketinggalan...tapi orang kata, better late than never..

Kepada yang dah tengok filem, rasanya boleh tahu la ceritanya macam mana. Kepada yang belum, novel fiksyen ni mengisahkan tentang era Perang Dingin antara Amerika dan Kesatuan Soviet dulu. Kalau tak silap, Alan Moore menggunakan pendekatan alternate reality, iaitu dia menggunakan teknik realiti alternatif , atau suatu keadaan yang tak wujud, tetapi diwujudkan. Sebagai contoh, dalam novel ni, Presiden Nixon masih terus berkuasa di AS, dia tidak tersingkir oleh skandal Watergate. 







Wednesday 6 November 2013

Ghost of Tsavo oleh Philip Caputo


 




Buku ni merupakan terbitan bersama National Geographic Society dengan penulis. Dalam buku ni, penulis merakamkan pengalamannya  mengikuti satu ekspedisi kajian di Afrika untuk mengkaji mengapa sesetangah singa jantan ada ‘ manes’ , atau bulu lebat kat kepalanya dan sesetengahnya pula tidak. Aku suka cara penulis bercerita, sangat santai dan bersahaja. Selain itu , Caputo juga banyak memasukkan kisah dan insiden manusia yang kena baham singa kat Afrika ni, di samping memasukkan jugak serba sedikit tentang lagenda dua ekor singa yang pernah mengganas di Tsavo, dikenali sebagai Ghost dan Darkness. Kedua-duanya membunuh puluhan manusia semasa kerja-kerja pembinaan jambatan di Sungai Tsavo. Namun akhirnya tumpas kepada Kolonel John Henry Patterson. Sesiapa yang minat wayang, cuba tengok filem ‘The Ghost and the Darkness” lakonan Val Kilmer dan Michael Douglas.



Posting asal adalah di www.perentashorizon.blogspot.com, 28/1/2011

Haunted Heart - The Life and Times of Stephen King oleh Lisa Rogak








Aku pernah tengok abang aku baca buku Stephen King, tajuknya lupa. Kemudian aku pernah juga tengok filem Prince of Darkness yang memang seram. Tetapi aku mula tertarik dengan daya imiginasi Stephen King bila tengok filem Shawshank Redemption. Lepas tu, aku pun mula melayan filem-filem dia seperti IT, Carrie, The Shinning, Christine , The Running Man dan sebagainya. Filem terbarunya yang sangat menarik ialah The Mist. Buku ni mengisahkan perjalanan hidup Stephen King yang begitu hebat bila menulis novel-novel seram. Menariknya, masa mula-mula menulis, memang karya-karyanya banyak yang kena reject oleh penerbit. Tapi bila dia berjaya terbitkan satu novel dan terus ‘boom!’, aku rasa nasibnya terus berubah, dia menjadi jutawan hingga hari ni hanya dengan menulis cerita-cerita seram yang menakutkan orang lain sejak zaman berzaman....hahahha...tak cukup dengan buat novel, dia menjadi lebih kaya bila dia juga rajin menghasilkan screen play untuk banyak filem..

Tapi Stephen King pun pernah terjebak dengan ketagihan dadah....dia juga ada band sendiri...kepada para penulis muda, aku rasa buku ni perlu dijadikan ‘ a must read .'




Posting asal di www.perentashorizon.blogspot.com, 28/1/2011

Hot, Flat and Crowded oleh Thomas L Friedman








Alhamdulillah, aku bersyukur dapat memulakan tahun 2011 dengan menghabiskan membaca buku ini. Antara lain, buku ni mengertengahkan idea tentang keperluan untuk dunia berubah , mencetuskan green revolution ataupun revolusi hijau. Banyak isi-isi penting yang boleh membantu kita memahami pola sosio politik dunia pada masa hadapan, antaranya adalah apa yang disebutkan sebagai Energy Climate Era, ECE. . Bila bercakap tentang revolusi, Friedman suruh kita renungkan, mana ada revolusi yang tidak menuntut kita untuk berkorban, ada pertumpahan darah, kehilangan harta dan sebagainya..maksudnya green revolution menuntutkan kita membuat perubahan besar-besaran untuk menyelamatkan bumi. Dia juga membayangkan bagaimana Amerika Syarikat perlu mengepalai dan mengetuai dunia dalam mencetuskan revolusi ni.

Friedman juga banyak menyentuh tentang kedudukan China yang kini semakin berkembang pesat ekonomi dan kuasa politiknya, kalau mereka juga tidak bersedia ke arah green revolution ni, masalah akan bertambah pada masa hadapan. Friedman membayangkan kerajaanlah yang perlu menjadi penggerak, dengan memberikan pelbagai insentif cukai dan juga menggerakkan banyak R & D untuk menghasilkan sumber-sumber tenaga baru.



(posting asal adalah dari blog penulis terdahulu, perentashorizon.blogspot.com)