Saturday 9 November 2013

Novel grafik : Watchmen oleh Alan Moore






Komik pun masuk? Apa salahnya? Janji aku baca dan menarik......kalau di Barat, buku komik kartun macam ni yang mempunyai plot yang kuat lebih dikenali sebagai novel grafik , graphic novel. Kalau di kulit novel ni, ada tertulis ‘ One of TIME magazine’s 100 best novels’ , maknanya buku ni termasuk dalam 100 buku novel terbaik yang diiktiraf majalah Time. Secara terus terang, aku tak tahu menahu pasal novel ni sampailah aku berpeluang tengok filemnya. Kata seorang kawan aku, Aneep namanya, dia baca novel ni dah lama...jadi aku rasa agak ketinggalan...tapi orang kata, better late than never..

Kepada yang dah tengok filem, rasanya boleh tahu la ceritanya macam mana. Kepada yang belum, novel fiksyen ni mengisahkan tentang era Perang Dingin antara Amerika dan Kesatuan Soviet dulu. Kalau tak silap, Alan Moore menggunakan pendekatan alternate reality, iaitu dia menggunakan teknik realiti alternatif , atau suatu keadaan yang tak wujud, tetapi diwujudkan. Sebagai contoh, dalam novel ni, Presiden Nixon masih terus berkuasa di AS, dia tidak tersingkir oleh skandal Watergate. 








Novel ni menceritakan tentang segerombolan adi wira yang meneruskan hidup masing-masing selepas kerajaan AS memperkenalkan akta yang menuntut mereka mendaftarkan diri kepada kerajaan.Jadi disebabkan mereka tak mahu mendedahkan diri, ramai yang telah bersara dan meneruskan hidup masing-masing. Tema utama novel ni adalah masalah ancaman nuklear yang boleh meranapkan manusia sejagat, dan ancaman nuklear antara AS dan Soviet ini dipaparkan menerusi Doomsday Clock.

Ceritanya bermula apabila seorang adi wira bernama The Comedian mati dibunuh, lalu menyebabkan kawan-kawannya yang lain mula menyiasat mengapa dia dibunuh. Salah satu watak yang terus menyiasat perkara ni adalah Rorschach, seorang vigilante.  Apabila dia menyiasat, satu persatu kebenaran terbongkar tentang agenda sebenar pembunuhan si Comedian tu yang sebenarnya merupakan usaha cover up kepada satu agenda yang lebih besar.

Pada penghujung cerita, barulah terbongkar agenda salah seorang daripada kumpulan adi wira ni yang dikenali sebagai Ozymandias atau Andrian Veidt ni telah bekerjasama dengan Dr. Manhattan untuk menghasilkan sebuah alat yang mampu menahan Dr. Manhattan daripada melihat apa yang berlaku pada masa hadapan. Veidt rupa-rupanya telah merancang meletupkan bom-bom nuklear yang ada di AS dan Soviet agar ramai orang mati....dengan harapan bahawa kemusnahan besar-besaran ni akan menyebabkan manusia kembali bersatu dan bekerjasama, tidak lagi berperang sesama sendiri...kira necessary evil – lah.... ( ini ringakasan saja, nak tahu ceritanya, beli lah novel grafik ni). Kira dia merancang satu kejahatan yang perlu untuk menghasilkan kebaikan..

Pada pandangan aku, novel ini agak berat dan hanya sesuai dibaca oleh pembaca-pembaca yang matang.Jalan ceritanya kompleks....hehehe...tengoklah rupa Alan Moore di muka belakang novel ni.......padan la......

Kepada kawan lama aku, Cikgu Haizlil aka Chaos, terima kasih sebab sudi pinjamkan novel ni dan minta maaf sebab sampai hari ni aku tak pulangkan lagi.......


( posting asal adalah di www.perentashorizon.blogspot.com pada 26/2/2011)


No comments:

Post a Comment