![]() | ||
Sekadar gambar hiasan/Gambar diambil dari sumber terbuka |
Untuk menulis secara berterusan dan konsisten, seseorang
penulis mesti tahu masa di dalam 24 jam sehari yang merupakan tempoh masa
efektif untuk menulis, atau saya sebut di sini sebagai ‘Zon Efektif Menulis’.
Dalam erti kata lain, seseorang itu perlu mengetahui masa di dalam kehidupan
sehariannya di mana ia benar-benar mampu menulis dengan lancar. Pada waktu
tersebut,
otaknya segar
mindanya fokus
tidak mengantuk
tidak terlalu lapar & tidak kenyang keterlaluan
fikirannya lapang
badannya tidak terlalu penat
dan paling penting, dirasakan seperti mindanya terdampar padang yang luas untuk dijelajahi . Pada
waktu tersebut juga tiada apa apa distraksi atau perkara-perkara yang mungkin
boleh menggangu konsentrasi untuk menulis.
Pada waktu inilah seseorang itu mampu menulis perkataan
demi perkataan, perenggan demi perenggan dan muka surat demi mukasurat tentang
apa sahaja yang ingin ditulis. Usahanya dirasakan lancar dan mudah, seakan-akan
arus air yang mengalir di sungai.
Kebanyakan penulis menemui zon efektif menulis mereka
pada awal pagi, sekitar 3.30 pagi ke waktu Subuh. Sesetenganhya pula mungkin
sekitar 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Ada yang mula menulis
pada pukul 12 tengah malam, selepas pulang dari kerja dan mendapatkan rehat
yang cukup. Zon efektif menulis ini akan berbeza antara satu sama lain kerana
bergantung kepada gaya hidup anda.
Sebaik sahaja anda mengenal pasti Zon Efektif Menulis
ini, maka gunakanlah sebaik-baiknya zon waktu ini untuk menulis dan berkarya. Disiplinkan diri anda untuk menulis dan mengarang pada waktu ini. Dengan
menggunakan zon waktu ini secara berterusan dan konsisten, anda akan dapat
membentuk tabiat menulis yang baik di dalam diri anda!