Sunday 1 March 2015

Tip No. 3 Nak Jadi Penulis Hebat (Tapi Belum Tentu Kaya!)











3. Menulislah untuk kepuasan diri dan demi membangunkan masyarakat!



Untuk apa sebenarnya kita menulis? Ada yang menulis untuk wang.....ada yang menulis untuk kemahsyuran....ada yang menulis sebagai hobi dan macam-macam lagi....



Sebenarnya, untuk menjadi seorang penulis yang hebat, kita perlu menetapkan bahawa kita menulis untuk kepuasan diri sendiri dan untuk membangunkan masyarakat.



Apabila saya sebut kepuasan diri sendiri, ertinya apabila kita menulis, kita akan menulis untuk  memenuhi rasa sense of purpose and achievement di dalam diri kita. Apabila kita menulis, kita juga menulis untuk mencapai sense of fulfilment kerana kita telah berjaya mencapai sesuatu di dalam diri kita. Dengan adanya pencapaian-pencapaian ini, barulah seseorang penulis itu akan dapat terus memotivasikan dirinya untuk terus menulis dan berkarya.


Dengan adanya kepuasan-kepuasan batiniah, emosi dan intelektual ini maka kita akan melihat  penulisan dan karya kita sebagai sesuatu yang penting dan berguna kepada masyarakat. Malah kita juga tahu bahawa kita mempunyai peranan yang penting untuk menyumbang kepada masyarakat dengan apa yang kita tulis.  Lebih banyak kita menulis dan berkarya maka lebih banyaklah kita dapat memberi untuk melahirkan dunia yang lebih sempurna.



Selain itu, sematkan di dalam hati bahawa anda menulis untuk membangunkan masyarakat. Dengan ada mind set ini, anda akan berusaha untuk menghasilkan penulisan dan karya-karya yang menyumbang ke arah membangunkan masyarakat. Walaupun begitu, ini tidak semestinya bermaksud anda perlu berceramah dan memberi kuliah semata-mata di dalam karya anda. Penulis menggunakan pelbagai pendekatan untuk menyampaikan mesej di dalam karya mereka.



Saya tidak percaya bahawa hanya karya-karya yang menceritakan benda-benda yang ideal dan baik sahaja akan menjadi bahan untuk membina masyarakat. Karya-karya yang memaparkan kebobrokan dan keburukan, perilaku negatif dan kejahatan manusia turut berperanan untuk membina daya empati,  pemikiran kritikal dan mengukuhkan kemampuan kita untuk menolak nilai-nilai negatif yang wujud di sekeliling kita.



Ini penting kerana pembaca kita perlu dapat mengaitkan apa yang mereka baca dengan apa yang berlaku di dalam realiti kehidupan. Admit it, our world is not a perfect one! Setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai perkara positif dan negatif yang bercampaur baur dan tidak menjadikan mudah untuk kita menilai sesuatu secara simplistik atau dengan ukuran 'hitam atau putih' semata-mata.



 

Apa yang penting adalah penulis perlu tahu untuk mengimbangi antara aspek positif dan negatif yang dipaparkan di dalam penulisan mereka.  Setiap aspek positif yang dipaparkan   perlu diikuti dengan kabaikan yang mengikutinya. Begitu juga sebaliknya, setiap aspek negatif yang dipaparkan perlu diikuti dengan padah yang menunggunya. Barulah pembaca dapat menilai dan melihat kesan serta baik buruk kepada tindakan yang diambil.  

No comments:

Post a Comment